KEMAMAN: Padah menimpa seorang pekerja ladang warga Indonesia apabila kakinya digilis treler ketika cuba melarikan diri selepas menikam pinggul seorang pengawal keselamatan dalam kejadian di Ladang Mawar, Bandar Seri Bandi di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 3.45 pagi dipercayai kerana suspek berusia 23 tahun itu enggan mengikut arahan mangsa supaya pulang ke rumah kongsinya.
Menurutnya, setelah melarikan diri suspek cuba untuk menahan beberapa kenderaan, namun gagal sehingga terserempak dengan sebuah treler yang keluar dari Plaza Tol Seri Bandi menuju ke arah Air Jernih.
"Suspek menahan treler itu namun ia tidak berhenti. Suspek kemudian cuba untuk memanjat treler itu dan terjatuh menyebabkan bahagian kakinya digilis oleh treler berkenaan," katanya di sini pada Ahad.
Hanyan memberitahu, sebelum kejadian suspek dilihat meracau dan bercakap seorang diri sambil membawa sebilah parang di sekitar kawasan perumahan dan pejabat ladang.
"Mangsa yang ketika itu melakukan rondaan di Ladang Mawar telah mengarahkan suspek untuk pulang semula ke rumah kongsinya di dalam kawasan ladang, namun suspek enggan.
"Seorang lagi rakan mangsa bertindak mengambil parang yang digunakan dan menyerahkannya kepada mangsa," katanya.
Beliau berkata, ketika mangsa dan rakan setugas menghantar suspek ke rumah kongsinya, suspek bertindak melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit dan telah dikejar pengawal keselamatan terbabit.
"Selepas itu, suspek berhenti di tepi jalan dan telah menusuk pinggul kiri mangsa menggunakan sebilah pisau ketika cuba untuk menangkapnya.
"Setelah ditikam mangsa berundur dan berbaring di atas jalan sementara suspek melarikan diri ke arah pos pengadu pintu masuk Ladang Mawar dan dikejar oleh rakan setugas mangsa sehingga ke lampu isyarat susur masuk Plaza Tol Seri Bandi," ujar beliau.
Hanyan berkata, mangsa yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan sedalam empat sentimeter (cm) akibat tusukan pada pinggul sebelah kiri dan telah mendapatkan rawatan di Zon Kuning Bahagian Kecemasan Hospital Kemaman, sementara suspek dirawat di Zon Merah, hospital yang sama.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati suspek patah tulang paha kaki kiri serta tulang betis kaki kiri akibat kemalangan itu dan akan menjalani pembedahan.
"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan senjata dan ugutan jenayah," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 21 2024
Keadaan pengawal keselamatan yang cedera akibat ditikam pada bahagian pinggul dan kini dirawat di Hospital Kemaman. - Gambar/ Ihsan pembaca
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Pekerja ladang digilis treler selepas tikam pengawal keselamatan
Insiden itu berlaku kira-kira jam 3.45 pagi dipercayai kerana suspek berusia 23 tahun itu enggan mengikut arahan mangsa supaya pulang ke rumah kongsinya.
Kes tikam: Pemimpin pembangkang Korea Selatan semakin pulih
Ketua pembangkang Korea Selatan Lee Jae Myung yang ditikam di leher awal minggu ini, semakin pulih selepas menjalani pembedahan, lapor Agensi Berita Yonhap.
Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang
Kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.
Penumpang tikam, samun pemandu e-hailing ditahan
Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di Kota Damansara, Selangor selepas polis menerima laporan berhubung kejadian.
Kes tikam Sungai Petani, remaja ditangkap
Polis percaya kes seorang lelaki mati ditikam dua hari lalu telah berjaya diselesaikan dengan penangkapan seorang suspek berusia 19 tahun.
Suspek tikam dan tetak dua beranak di Kuala Kedah ditahan
Polis hari ini menahan seorang suspek kes tikam dan tetak dua beranak yang berlaku pada 18 Dis lalu di Kuala Kedah.